Want your
own Fotopage?





















 
alumni alliance's FotoPage
zam, sarah, shira, liza, mun, farah, apit, man, usop cege, shah, wan, jat, alumni alliance, perwaja, uum, sintok, konvo
By: alumni alliance IAU

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  >  >>]    [Archive]
Sunday, 31-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
The Malay Multimillionaire Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Syed Mokhtar the Tycoon
Syed Mokhtar the Tycoon
Tycoon
View all 5 photos...
He is My Idols. I want to be like him, The Richest Man In Malaysia. maybe someday, just wait n see.

link about Syed Mokhtar http://tudungperiuk.blogspot.com/2005/03/cerita-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html
http://mdhosnisyedmokhtar.blogdrive.com/
http://www.mystudents.org/home/modules.php?name=News&file=article&sid=409
http://warna2pelangi.blogdrive.com/archive/cm-5_cy-2006_m-1_d-24_y-2005_o-20.html
http://azwad.blogspot.com/2004/10/johor-university.html
http://maverickysm.blogspot.com/2004/08/mokhtars-empire-expands-further.html

Cerita Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...
Assalamualaikum,

utk renungan bersama...



Petikan kata-kata

Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary





L/belakang Syed Mokhtar

- Umur - 53 tahun

- Pendidikan - SPM

- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

- Kekayaan -RM1,425 juta

- Ke 7 terkaya di Malaysia

- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pele
pas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

- Kereta - Proton Perdana

- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi
pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary,
menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara,
sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun
penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana
ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai
pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00)
ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu
kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan
Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed
Mokhtar yang kita kenali hari ini.



1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda
sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu
meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan



2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu
kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita
tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi
orang politik semata-mata.



3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau
macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses
kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi
apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan
masa. Tiada jalan singkat.



4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu
buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang
susah tapi itulah jalan yang kekal.



5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka
jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita
berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham
baru kita boleh menjaga kepentingan kita.



6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada
cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.



7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.



8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat
berusaha.



9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak
kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.



10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New
York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah
setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa
rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?



11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di
atas, ada masa di bawah.



12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah,
tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk
kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik.
Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin
kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.



13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada
pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu
kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri.
Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah



14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari
segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat
fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja.
Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan
baik.



15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat
apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang
Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab
depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita
dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !



16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya
bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini
kepada saya tidak mustahak.



17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina
kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu
kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada
kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju
kita perlu berusaha.



18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya
belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya
mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang
Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat
keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.



19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada
kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya
memegangnya untuk sementara sahaja.



20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan
isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik
yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti
tapi apa yang saya lakukan sekarang.



21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita
terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan
buat semua ini untuk diri saya semata-mata.



22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa
yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua.
Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak
kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah
kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).



23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk
saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang
saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.



24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20
juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka
hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri.
Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.



25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga
mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan
membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak
membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi
tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.



26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang
Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau
mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran.
Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.



27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab
(bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan
dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun
sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.



28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh
berkongsi sama.



29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang
sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti
orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur
kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang
perlukan bantuan.



30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi
nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf,
beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan
hak kita sebagai orang Melayu.



31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa
bersusah sedikit pun tidak mengapa.



32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang
lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong
orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.



33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah
sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.



34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat
kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya
satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah
adalah tugas seharian.



35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab
sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang
Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh
naik dan turun.



36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai
Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta
nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.



37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani
perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi
wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih
akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.



38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh
bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita
berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan
kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.



39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa
yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh,
tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.



40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh
memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah
besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar.
Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.



41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena
bekerja keras dan fokus.



42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau
setinggi mana pun kejayaan dicapai.



43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula
daripada didikan orang tua saya sendiri.



44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal
jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya
takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.



45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah.
Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas
air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.



46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup
mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat
banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat
langsung.



47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang.
Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya
suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.



48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai
(kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya.
Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain
merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat
hati saya seronok.



49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya
kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.
Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

posted by hidayahyusof


Syed Mokhtar owns the Al-Bukhary Corporation which controls:

1. Pernas International Holding (20%),
2. Seaport Terminal (90%) which owns Johor Port (51%) and Port of Tanjung Perlepas (70%),
3. Prai Power, SKS Ventures and Impian Teladan (power generation companies). Impian Teladan, a wholly owned subsidiary of Al-Bukhary owns MMC (19.9%) and Malakoff (22.7%).
4. Puncak Semangat is also a 100% subsidiary of Al-Bukhary.
5. Padiberas Nasional Bhd (Bernas) of which Syed Mokhtar has a 15% stake..
6. In the sugar industry, he has stakes in Gula Padang Terap and Tradewind (M) Bhd who owns Central Sugar Refinery Sdn. Bhd (a subsidiary of Pernas International Holdings).
7. In construction, he has MMC Engineering & Construction and Tronoh Mines Malaysia Bhd, a subsidiary of MMC which controls IJM Corp Bhd (20%) and Zelan (M) Sdn Bhd (100%). The IJM stake was purchased at $383 million from IGB, and Zelan was acquired at a sum of $140 million from Chang Si Fock, Tan Cheng Hua and Lam Kar Cheong.
8. In airport management, he controls Senai Airport through his flagship company Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd. (SATS) which was bought from Malaysia Airport Bhd. for $80 million.
9. Through Jalinan Inspirasi he bought MPH Ltd’s regional bookstore chain for $93 million.




akomz..just stop by to search about syed mokhtar and i hope u can give some info on him. i'm doing a biography on him for my eng assignment. and i still havent fing anything about his childhood and family...hope anyone can help..thanks Mon 12-Dec-2005 01:34
Posted by:azyy azyy_ishak@hotmail.com
Saya kagum dgn Tan Sri. Jika memerlukan tanah untuk aktiviti di kedah hubungi saya Tue 3-Jan-2006 16:09
Posted by:jasni myazlynn@yahoo.com.my
Add comment


Saturday, 30-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
The Malay Multimillionaire Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

I take this article from
http://mdhosnisyedmokhtar.blogdrive.com/

Another Link
http://www.ericellis.com/mokhtar.htm

Perjalanan Hidup Beliau

Feb 24, 2005
Tidak ada yang mustahil

Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari. Namanya terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham. Tidak banyak yang kita ketahui mengenai latarbelakang beliau malah saya (Nik Zafri) sendiri tidaklah mengenali beliau secara rapat tetapi berikut adalah maklumat-maklumat mengenai jutawan dan tokoh korporat Malaysia yang terkenal ini yang dapat saya kongsi bersama dengan pembaca. Saya terlebih dahulu ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan maaf jika terdapat ketidaktepatan fakta- yang dikemukakan lebih-lebih lagi dari pihak Tan Sri Syed Mokhtar sendiri. Jika ada pembaca mempunyai fakta-fakta yang lebih kukuh, saya memohon agar diemailkan kepada saya.


Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Seorang yang terkenal dengan sikap rendah diri, Syed Mokhtar tidak pernah berpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya.


Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.


Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Usaha gigih Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.

Pada pendapat saya, Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Dari beberapa sumber dan setahu saya, Syed Mokhtar merupakan seorang yang taat kepada suruhan agama, pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak sukakan publisiti. (Tidaklah menghairankan jika beliau dicemburui dan dikagumi oleh ramai orang)

Mungkin inilah antara rahsia kejayaan beliau.


Posted at 05:39 am by mdhosni
Comments (2) Permalink


Feb 18, 2005
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan tokoh yang semakin menyinar dalam bidang korporat di Malaysia. Beliau kini berusia 51 tahun dan memulakan kerjayanya di Johor pada awal tahun 90-an. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan sebagai pemborong beras dan kini beliau merupakan seorang tokoh korporat bumiputera yang disegani dan berjaya di dalam sektor perladangan, pembangunan hartanah, pembinaan, kejuruteraan, janakuasa, infrastruktur dan pelabuhan.

Beliau merupakan simbol anak Melayu yang berkebolehan di dalam bidang perniagaan (korporat) yang dapat memimpin beberapa konglomerat besar. Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. Beliau juga telah berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan selama 30 tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Seaport memiliki 60 peratus daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai pemegang saham yang terbesar. Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Ia merupakan satu projek yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak perkapalan yang termaju dirantau ini.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan pemegang saham di dalam Malaysia Mining Corporation (MMC) iaitu sebanyak 19.9% melalui syarikat miliknya iaitu Syarikat Impian Teladan Sdn. Bhd. Secara persendirian, Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki SKS Ventures Sdn. Bhd di mana beliau telah diberi tanggungjawab menjalankan projek membina 2100MW tapak 'gas-fired' di Tanjung Bin, Johor. Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam PERNAS di mana Tan Sri Syed Mokhtar memiliki 32% saham melalui syarikat Restu Jerneh. Beliau juga turut memiliki kepentingan di dalam Fiamma Holdings Berhad di mana terdapat 18.68% saham diperolehi melalui Syarikat Perdana Padu Sdn. Bhd dan Corak Kukuh Sdn. Bhd miliknya. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad di mana beliau merupakan pemegang saham secara individu sebanyak 7.34%. Selain daripada itu, Tan Sri Syed Mokhtar juga mempunyai kepentingan di dalam lain-lain syarikat-syarikat tempatan dan asing di Malaysia.

Terdapat satu lagi projek yang akan menaikkan nama beliau di peringkat antarabangsa iaitu projek Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur yang mana cadangan penubuhan muzium tersebut adalah daripada Perdana Menteri sendiri. Tan Sri Syed Mokhtar juga bertanggungjawab dengan kemasukan pusat membeli-belah Harrods yang terkenal di London ke Malaysia menerusi syarikatnya, Amtek Holdings Bhd. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai peranan yang penting dalam Yayasan Al - Bukhary iaitu syarikat milik keluarga dimana beliau bertindak sebagai Pengerusi Eksekutif. Menerusi Yayasan Al - Bukhary, beliau telah banyak memberi sumbangan dalam kerja-kerja berkaitan dengan kebajikan sosial Islam dan pembinaan Masjid Al -Bukhary di negeri Kedah.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato' Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato'.

Posted at 12:36 am by mdhosni
Make a comment Permalink



saya tak kenal siapa Tan Sri Syed Mokhtar tapi taulah dia ni adalah orang yang sangat terkenal. Tapi saya pernah bertemu dan berborak dengan Encik Nik Zafri. Masa tu, dia ada deliver satu lecture kat Shah Alam (fuuh...memang hebat oooo..aku bangga ngan anak melayu)

Saya terus tanya dia pasal artikel dan tanya samada Nik kenal atau tidak dengan syed mokhtar. Dia tergelak besar kerana katanya saya adalah orang yang ke berapa ratus tanya pasal perkara yang sama.

Tapi saya pasti Nik Zafri mengenali Syed Mokhtar cuma dia buat-buat tak kenal bila orang tanya.

Syabas..aku bangga dengan Nik kerana tidak menunjuk, rendah diri, tengok gaya macam orang yang alim tapi tak menunjuk, good looking lagi...Saya rasa dia ada ciri-ciri yang sama dan mungkin akan jadi orang besar atau orang kaya yang rendah diri.
Sun 10-Feb-2008 20:23
Posted by:kalim tiada@ggmailo.co
Bukan kalim saja kenal Nik, saya pun kenal gak. Tapi Nik ni agak misteri sikit orangnya, dia kalau kat function, memang smart abih - very corporate look, tapi bila dia dah abih function, dia balik kat rumah di Gombak, dia keluar pakai biasa dan jalan kaki ke kedai kopi. aku tau sebab aku ada 'ngekor' dia skali. Aku sangat pasti Nik ni sememangnya orang yang 'penuh dadanya' tapi tak cakap besar. Kalu korang nak kenal dia, korang pergi lah area taman seri gombak fasa 1. cari gerai yang orang panggil peter. memang Nik mudah orang cam. Dia kalu dok sorang2, suka tersenyum dan sangat pendiam. tapi kalau dah ramai, semua orang suka kat dia sbb nasihatnya bernas. Depa yang berkawan dgn dia pun, aku dah tanya, semua terkejut bila aku cakap Nik seorang konsultan yang sangat terkenal cuma terlalu merendah diri. Memang sah, dia ni mesti kawan-kawan Tan Sri. Sun 10-Feb-2008 20:28
Posted by:mohd abdul
Salam sejahtera. Saya dah lama memerhatikan fotopages ini. Saya ingin menafikan kepada tuan puan, saudara saudari semua mengenai khabar angin menyatakan saya mengenali Tuan Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Saya harap selepas ini tiada lagi khabar angin disebarkan selepas ini.

Sekian, wassalaam

Nik Zafri
Mon 23-Feb-2009 15:18
Posted by:Nik Zafri nikzafri@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 29-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
The Board of Directors Alliance Group Berhad

The Board of Directors
The Board of Directors
The Board of Director , taking potret for memory of our Alumni Alliance.

Care to comment?


Thursday, 28-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
The Pendekar Bush Bin Mustar

Bush First Movie back in 50's
The Relative Picture For Unethical Business.
labu
View all 6 photos...
Bush in action with P. Ramlee & The gang. Bush look so coool.



Thu 28-Jul-2005 14:28
Posted by:KNizam  - [Link]
Add comment


Wednesday, 27-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
I Love Nature

Picture from kNizam Artwork
Picture from kNizam Artwork
Picture from kNizam Artwork
View all 4 photos...

Care to comment?


Tuesday, 26-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lagendary Island after the Curse

Rubber Tree
Yatch
The Island
View all 21 photos...
Ilike to be there one more time at the end of this year.

Care to comment?


Monday, 25-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
The Nature Law

The Grasshopper
The Flies
The Grasshopper
View all 6 photos...
Don't Ever Against The Law of Nature.........Cause You May Find That Is Hard To Turning Back To Normal.............

aik..cam mana pokcik punya leh ada kat sini? Sun 31-Jul-2005 11:28
Posted by:mypokcik  - [Link]
Add comment


Sunday, 24-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
The Chairman Official Car's

Chairman 1st Car
Chairman 2nd Car
Chairman 3rd Car
View all 11 photos...

Thank You to all of CEO's, Stakeholders, Shareholders, BOD & Our Employee who play major part in order to build and design a very rich work culture which contribute to company profit after tax (EAT) of RM 1 billion for 2004. Mon 25-Jul-2005 05:19
Posted by:Chairman tan Sri Suhaizam Zahri
Thank You to all of CEO's, Stakeholders, Shareholders, BOD & Our Employee who play major part in order to build and design a very rich work culture which contribute to company profit after tax (EAT) of RM 1 billion for 2004. Mon 25-Jul-2005 05:19
Posted by:Chairman tan Sri Suhaizam Zahri
Add comment


Saturday, 23-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
The Ceo's & Board of Director's Official Car

COO Car (Shah)
CFO Car (Usop)
Managing Director Car (Jat)
View all 15 photos...

All CEO's please used the car wisely, dont ever try to race. Thu 28-Jul-2005 13:49
Posted by:Chairman Tan Sri Suhaizam Zahri
Add comment


Saturday, 16-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
still the Board of director IAU

phuket before tsunami
perahu panjang
perahu panjang
View all 6 photos...

all of this will be the world greatest CEO`s within 20 years, esspecialy me, coz i'm the founder & chairman. others CEO's if you've something to send, please send to senduduk_23@yahoo.com.sg Sun 24-Jul-2005 06:21
Posted by:Chairman Tan Sri Suhaizam Zahri
Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.